Ilustrasi (Sumber: Google) |
A. Pengertian
Pengertian teori menurut Kerlinger yang dikutip Sapani (1998) adalah suatu himpunan pengertian atau konsep yang saling berkaitan yang menyajikan pandangan sistematis tentang gejala dengan jalan menetapkan hubungan yang ada diantara variabel – variabel dengan tujuan untuk menjelaskan serta meramalkan gejala – gejala tersebut.
Pengertian teori menurut Kerlinger yang dikutip Sapani (1998) adalah suatu himpunan pengertian atau konsep yang saling berkaitan yang menyajikan pandangan sistematis tentang gejala dengan jalan menetapkan hubungan yang ada diantara variabel – variabel dengan tujuan untuk menjelaskan serta meramalkan gejala – gejala tersebut.
Sedangkan pengertian teori belajar bahasa adalah
teori mengenai bagaimana manusia mempelajari bahasa, dari tidak bisa
berkomunikasi antar sesame manusia dengan medium bahasa menjadi berkomunikasi
dengan baik. Kegunaan teori, termasuk didalamnya teori belajar bahasa yaitu
a) Menyempurnakan suatu praktik
b) Memperjelas sesuatu,membuat orang mengerti
sesuatu
c) Dapat merangsang pengetahuan baru dengan jalan
memberikan bimbingan ke arah penyelidikan selanjutnya.
B. Teori Mentalisme
Teori mentalisme merupakan kebalikan dari teori
behaviorisme dimana teori ini lebih cenderung pada pembahasan yang bersifat
batiniah. Menurut N. Chomsky (dalam sumardi, 1992:97) bahwa pemerolehan bahasa
tidak dapat dicapai melalui pembentukan kebiasaan karena bahasa terlalu sulit
untuk dipelajari dengan cara semacam itu apalagi dalam waktu yang singkat.
Sementara itu ada beberapa pendapat kaum mentalis
tentang pembelajaran dan pemerolehan bahasa yang dikutip oleh Sapani (1998:14):
a) Bahasa hanya dapat dikuasai oleh manusia
b) Perilaku bahasa adalah suatu yang diturunkan
c) Pemerolehan bahasa berlangsung secara alami
d) Pola perkembangan bahasa sama pada berbagai
macam bahasa dan budaya
e) Setiap anak sudah dibekali dengan piranti
penguasaan bahasa sebagai bawaan dari lahir
f) Aliran mentalis tidak setuju menyamakan proses
belajar pada manusia dengan yang terjadi pada binatang
g) Belajar bahasa tidak sekedar latihan – l;atihan
mekanistis melainkan lebih kompleks
C. Teori kognitivisme
Teori ini beranggapan bahwa belajar merupakan
penghubung antara pemahaman yang satu dengan yang lain untuk menghasilkan
pemahaman tentang materi baik berupa asimilasi maupun akomodasi. Sehingga
pembelajaran bisa berjalan utuh dan bermakna.
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA
Dalam kajian linguistik terdapat banyak teori
pemerolehan bahasa, tetapi secara keseluruhannya, teori-teori tersebut boleh
digolongkan kepada dua golongan besar iaitu Teori Mekanis dan Teori Mentalis.
Noam Chomsky meletakkan teori Mekanis sebagai Teori Empirisis dan Teori
Mentalis yang digerakkannya sendiri sebagai Teori rasionalis. Sementara W.M.
Rivers pula menyebut Teori Mekanis sebagai Teori Aktivis dan Teori mentalis
pula sebagai teori Formalis. Dan aliran yang terbentuk daripada kedua-dua teori
ini disebut pula sebagai Aliran Behaviourisme dan Aliran Mentalisme.
Teori Mentalis
Teori Mentalis ini pula amat bertentangan dengan
teori mekanis. Teori Mekanis yang banyak menggunakan percubaan ke atas haiwan
dan menerapkan bahawa pembelajaran dan pengukuhan bahasa boleh berjaya jika
adanya rangsangan dan gerak balas telah disangkal oleh golongan mentalis ini
dengan mengatakan bahawa manusia sebagai “makhluk yang berfikir” dan berbeza
dengan makhluk haiwan. Pembelajaran dan pengukuhan bahasa didapati secara sedar
atau dengan kata lain berhubung kait dengan daya fikir seseorang.
Menurut Noam Chomsky (1959) proses pembelajaran
bahasa peringkat permulaan diperolehi tidak semata-mata bergantung kepada
operasi rangsang dan gerak balas sahaja. Proses Kognitif sudah pasti turut
serta. Tanpa peranan kognitif, perkembangan bahasa terbatas pada yang dapat
dialami sahaja, pada hal semua komponen bahasa berkembang secara kreatif atau
melangkau batasan pengalaman naluriah iaitu rangsangan dan gerak balas.
Perkembangan bahasa secara kreatif adalah hasil turut sertanya peranan operasi
mental atau kognitif.
Seperti yang kita maklum bahawa bahasa adalah
tindakan kreatif yang hanya ada pada manusia. Kreativiti manusia menggunakan
bahasa hanya dapat difahami dengan menerima hakikat bahawa bahasa adalah satu
sistem yang teratur sebagai sebahagian daripada proses kognitif manusia. Dalam
hal inilah, sebarang teori yang digerakkan dengan rangsangan dan gerak balas
mampu menghurai kreativiti dan kelenturan orang menggunakan bahasa.
Diller (1971) yang membincangkan teori mentalis ini
membuat empat andaian berikut:
• Bahasa yang hidup itu bersifat satu tingkah laku
yang ditetapkan dengan peraturan-peraturan,
• Bahasa digunakan untuk berfikir;
• Peraturan-peraturan tatabahasa itu nyata darisegi
psikologi; dan
• manusia adalah unik dengan keupayaannya
berbahasa.
Seperkara lagi tentang teori mentalis ini ialah
seseorang kanak-kanak telah dilahirkan dengan innate capacity (kebolehan semula
jadi) yang membentuk keupayaan berbahasa dan proses penguasaannya bergantung
kepada kematangan.
TEORI MENTALIS / KOGNITIF
Pelopor teori ini adalah Noam Chomsky (1960-an),
Miller, Katz dan Lakoff.
Tanggapan yang menjadi pegangan asas golongan ini
ialah:
1.Mereka berpendapat bahawa manusia sejak lahir
lagi sudah mempunyai
kebolehan untuk menguasai bahasa. Menurut mereka
juga, kanak-kanak mempunyai keupayaan semulajadi untuk merumus dan membentuk
ayat- ayat mengikut sistem bahasa yang mereka perolehi dengan syarat mereka itu
terdedah kepada penggunaan bahasa tersebut. golongan ini juga berpendapat
bahawa ada suatu jangkaan masa tertentu yang merupakan satu masa subur untuk
bahasa berkembang dan kalau masa itu terlangkau, penguasaan kanak-kanak itu
akan terhalang.
2. J. Piaget berpendapat bahawa manusia memiliki
peringkt otak (mental) dan saraf yang tinggi dan dengan otaknya manusia
mempunyai kebolehan untuk mempelajari pelbagai perkara. Tegasnya, proses
pembelajaran ialah proses mental bukannya proses mekanis. 3.N. Chomsky
berpendapat bahawa seorang kanak-kanak telah dilahirkan dengan kecekapan semula
jadi unutk menguasai bahasa apabial sampai peringkat kematangannya yang
tertentu. Pada tiap-tiap peringkat kemtangan kanak-kanak tersebut akan
membentuk hipotesis-hipotesis terhadap peraturan-peraturan ahli masyarakatnya.
Segala pembetulan Hasil daripada teori ini timbul beberapa kaedah pengajaran
bahasa seperti kaedah kognitif, dan sebagainya. Mangantar Simandjuntak (1987)
menyatakan bahawa teori ini juga mengakui adanya pembelajaran melalui ‘trial
and error’ (cuba ulang) tetapi dijalankan dengan penuh kesedaran.
Samsu Yaacob dan Marzhuki Nyak Abdullah (1988)
membandingkan kedua-dua teori ini dengan mengatakan bahawa teori mekanis
mempunyai alasan yang lebih kukuh daripada hujah-hujah yang dikemukakan oleh
golongan mentalis, yang lebih mementingkan innate capacity tetapi tidak dapat
dibuktikan secara terperinci.
Golongan mekanis menganggap bahawa otak adalah
sebagai kotak gelap dan manusia belajar menerusi perilaku serta memperoleh
bahasa kerana adanya pengaruh persekitaran. Sedangkan golongan mentalis pula
menganggap bahawa pembelajaran bahasa yang mengetepikan fungsi otak atau
fikiran adalah teori yang tidak bermakna.
kesalahan yang dibuat oleh ahli masyarakatnya akan
memperkukuhkan
lagi rumus-rumus bahasa yang tersimpan di dalam
otaknya.
3.N. Chomsky berpendapat bahawa seorang kanak-kanak
telah dilahirkan dengan kecekapan semula jadi unutk menguasai bahasa apabial
sampai peringkat kematangannya yang tertentu. Pada tiap-tiap peringkat
kemtangan kanak-kanak tersebut akan membentuk hipotesis-hipotesis terhadap
peraturan-peraturan ahli masyarakatnya. Segala pembetula
4. Salah satu daripada teori E.H Lenneberg (1967)
tentang pemerolehan bahasa ialah bahawa semua kanak-kanak yang sihat dan normal
mulai bercakap dan bertutur pada peringkat umur yang agak sama. Hal ini
bermakna bahawa perkembangan dan kebolehan untuk berbahasa itu terjadual secara
biologis. Oleh itu, apabila sudah sampai masanya, maka seseorang kanak-kanak
itu akan dengan serta merta menjadi tertarik terhadap segala bunyi yang
didengarnya dan dia dapat menajamkan pancainderanya. Dengan itu, dia berupaya
memahami dan memilih bunyi yang penting dan mengenepikan segala yang lain
seperti yang dperhatikan oleh Lenneberg.